My Blog List

Saturday, November 5, 2011

KRT3013-Teknologi Maklumat Sekolah Rendah

nfzzah@yahoo.com.my

1 comment:

  1. 1.6 Sifat-Sifat Bahasa

    1. Mempunyai sistem
    Setiap bahasa mempunyai peraturan atau sistemnya yang tersendiri. Sistem bahasa dilihat
    dari sudut unit/ unsur/ komponen bahasa yang disusun mengikut cara-cara tertentu.
    Sistem bererti susunan teratur, berpola dan membentuk suatu keseluruhan yang
    bermakna atau berfungsi. Sistem ini dibentuk oleh sejumlah unsur atau komponen yang
    berhubungan secara fungsional antara satu sama lain dan bersifat sistematis dan sistemis.
    Sistematis bermaksud bahasa tersusun menurut satu pola, iaitu ia tidak tersusun secara
    sembarangan. Sistemis pula bermaksud bahasa bukan merupakan sistem tunggal tetapi
    terdiri daripada sub-sub sistem atau sistem bawahan yang terdiri daripada fonologi,
    morfologi, sintaksis dan semantik. Unit atau unsur bahasa disusun mengikut cara-cara
    tertentu, contohnya fonem, mofem, kata, frasa, klausa dan ayat. Sistem bunyi dalam
    bahasa Melayu dan bahasa Arab misalnya, adalah berbeza-beza.

    ReplyDelete